Ancaman dalaman- rasuah, salahguna kuasa, kroni diutamakan dan macam-macam lagi.
Pengurusan adalah bertujuan untuk mengurus dan mengurangkan risiko dan bukannya untuk menyingkirkan terhadap ancaman dalaman dan luaran.
Oleh itu, setiap anggota masyarakat dan pihak yang berkaitan di Malaysia hendaklah:
- Bekerjasama dalam mencari atau malaksanakan sebuah strategi bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan ancaman dalaman yang dihadapi.
- Menjalankan program atau kempen yang berkaitan.
- Memberi hukuman atau denda yang setimpal kepada yang bersalah
- Elakkan diri daripada terjebak dalam aktiviti berkenaan.
Ancaman luaran
Dalam kes terbaharu, reaksi oleh puak pelampau Indonesia yang gegak-gempita mahu 'menghidupkan' semula Ganyang Malaysia yang telah lama ditinggalkan semasa pemerintahan Sukarno dahulu. Dengan memanggil Malaysia pencuri atau "maling" maka puak pelampau di sana telah memanggil tanah air berdaulat kita sebagai "Malingsia". Entah di mana silapnya hubungan sejarah dan kebudayaan Malaysia dan Indonesia tidak mampu meredakan amarah mereka. Walaupun banyak persamaan ciri budaya tetapi masih tidak atau enggan difahami oleh 240 juta rakyat Indonesia. Mereka sewenang-wenangnya melabel kemerdekaan kita tiada harga lantaran tidak dicapai secara kekerasan menggunakan buluh runcing seperti mereka. Reaksi melampau mereka jelas sengaja menutup isu korupsi dalam kalangan pemerintah mereka sehingga memaksa jutaan rakyat republik itu mencari rezeki secara halal mahupun tidak serta menuntut ilmu di sini.
Dalam kes ancaman luaran yang lain, datangnya pengaruh budaya “gay” yang menggalakkan dan menghalalkan hubungan seks sejenis semakin berkembang di negara-negara Barat dan perkahwinan sejenis sudahpun diiktiraf sebagai sah dari segi undang-undang negara di Belanda, Belgium dan Sepanyol. Negara Kanada dijangka akan mengikut jejak langkah negara-negara Eropah itu. Sikap yang tegas menentang dan mengharamkan gaya hidup “gay” ini di Malaysia perlu mendapat sokongan semua kaum supaya wabak HIV/AIDS dapat dibendung dan keutuhan institusi keluarga dan perkahwinan yang dihormati oleh agama dapat dipertahankan.
Jelasnya , rakyat Malaysia perlu bersatu-padu mempertahankan kestabilan satu-satunya tanah air kita ini. Bagi menangani ancaman luar, kerajaan perlu mengoptimumkan hubungan diplomatik dan hubungan kebudayaan dengan negara asing.
No comments:
Post a Comment