Search This Blog

Wednesday, June 4, 2014

TEMA 6- Unit 10: Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa

HAK ORANG AWAM

Saya mengambil contoh: pesakit(orang awam). 

  • Setiap individu mempunyai hak untuk mendapat rawatan kecemasan dengan segera di Hospital Pitas (KBMC). 
  • Setiap pesakit akan dirawat dengan penuh kesopanan dan ketertiban. 
  • Setiap pesakit perlu dirawat dengan penuh perhatian, bertimbang rasa, adil, penuh hormat dan kemuliaan. 
  • Setiap individu mempunyai hak untuk mendapatkan kerahsiaan semasa sesi soal jawab, pemeriksaan dan rawatan oleh staf perubatan. 
  • Pesakit perlu memberikan kerjasama semasa sebarang pemeriksaan fizikal atau rawatan dijalankan. 
  • Setiap kanak-kanak yang dimasukkan ke wad mempunyai hak, bilamana diperlukan, ditemani oleh ibu atau bapa atau penjaganya pada setiap masa. 
  • Pesakit mempunyai hak untuk memilih pakar perunding sendiri sekiranya diperlukan. 
  • Pesakit mempunyai hak untuk mendapatkan pendapat kedua bila diminta. 
  • Pesakit mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat berserta penjelasan tentang keadaan dirinya, hasil penyiasatan, dan keputusan pemeriksaan yang telah dijalankan ke atas beliau. 
  • Pesakit perlu disediakan dengan maklumat tentang anggaran kos rawatan, penyiasatan dan prosedur yang bakal dijalankan ke atas beliau. 
  • Pesakit yang telah mendapat maklumat lengkap tentang keadaan dirinya mempunyai hak sepenuhnya untuk menerima atau menolak rawatan sebagaimana yang dicadangkan kepada beliau. 
  • Pesakit mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan dalam istilah biasa secara jelas, ringkas dan padat untuk sebarang rawatan atau prosedur yang dicadangkan serta alternatifnya. Maklumat perlu disertakan dengan risiko yang berkemungkinan berlaku, kesan sampingan dan kemungkinan kegagalan. 
  • Keizinan pesakit perlu diperolehi sebelum mana-mana prosedur dapat dijalankan. Bagi kes minor, keizinan perlu diperolehi daripada ibu atau bapa atau penjaga yang sah. 
  • Semua maklumat pesakit perlu dianggap rahsia dan tidak dibincangkan secara persendirian dengan orang lain selain daripada golongan professional yang terlibat. 
  • Pesakit mempunyai hak untuk mendapatkan penjagaan kesihatan (nursing care) yang selamat, cekap dan pantas sepanjang berada di hospital ini. 
  • Sebarang rungutan/ aduan dari setiap Pesakit wajib didengari dan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. 
  • Pesakit dan waris wajar diberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan keadaan kesihatan beliau, di samping pendidikan dan kaunseling tentang penjagaan diri, pengambilan ubat, termasuk kesan sampingan yang mungkin ada dan langkah keselamatan yang mungkin diperlukan semasa di hospital dan sebelum keluar wad. 
  • Pesakit mempunyai hak kepada persekitaran yang bersih, selamat dan kondusif di hospital ini. 
  • Pesakit berhak untuk mendapatkan bil perubatan yang jelas dan terperinci dan sebarang penjelasan mengenai bil tersebut perlu diberikan jika diminta. 
  • Pesakit akan disediakan dengan laporan perubatan dalam masa yang munasabah jika diminta oleh pesakit pada kadar bayaran yang berpatutan. 

                    

Setiap orang mempunyai hak. Pihak berkuasa hendaklah memastikan bahawa hak-hak tersebut ditegakkan bagi mengelakkan berlakunya pencabulan hak asasi.

Sebagai pihak yang prihatin, bantulah mereka yang memerlukan dan sekiranya hak mereka dicabuli, maka bertindaklah.. terima kasih.. :)



TUNJUKKAN KEPRIHATINAN KITA

 Saling bantu-membantu antara satu sama lain. keadaan negara kita dan negara luar seharusnya kita mengambil tahu dan prihatin. 



TEMA 6- Unit 9: Ancaman Dalaman dan Luaran

Ancaman dalaman- rasuah, salahguna kuasa, kroni diutamakan dan macam-macam lagi.  


            



Pengurusan adalah bertujuan untuk mengurus dan mengurangkan risiko dan bukannya untuk menyingkirkan terhadap ancaman dalaman dan luaran.
    Oleh itu, setiap anggota masyarakat dan pihak yang berkaitan di Malaysia hendaklah:
  • Bekerjasama dalam mencari atau malaksanakan sebuah strategi bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan ancaman dalaman yang dihadapi.
  • Menjalankan program atau kempen yang berkaitan.
  • Memberi hukuman atau denda yang setimpal kepada yang bersalah
  • Elakkan diri daripada terjebak dalam aktiviti berkenaan.

 Ancaman luaran



        Dalam kes terbaharu, reaksi oleh puak pelampau Indonesia yang gegak-gempita mahu 'menghidupkan' semula Ganyang Malaysia yang telah lama ditinggalkan semasa pemerintahan Sukarno dahulu. Dengan memanggil Malaysia pencuri atau "maling" maka puak pelampau di sana telah memanggil tanah air berdaulat kita sebagai "Malingsia". Entah di mana silapnya hubungan sejarah dan kebudayaan Malaysia dan Indonesia tidak mampu meredakan amarah mereka. Walaupun banyak persamaan ciri budaya tetapi masih tidak atau enggan difahami oleh 240 juta rakyat Indonesia. Mereka sewenang-wenangnya melabel kemerdekaan kita tiada harga lantaran tidak dicapai secara kekerasan menggunakan buluh runcing seperti mereka. Reaksi melampau mereka jelas sengaja menutup isu korupsi dalam kalangan pemerintah mereka sehingga memaksa jutaan rakyat republik itu mencari rezeki secara halal mahupun tidak serta menuntut ilmu di sini.


   




    
                                                                                                                                                                                Dalam kes ancaman luaran yang lain, datangnya pengaruh budaya “gay” yang menggalakkan dan menghalalkan hubungan seks sejenis semakin berkembang di negara-negara Barat dan perkahwinan sejenis sudahpun diiktiraf sebagai sah dari segi undang-undang negara di Belanda, Belgium dan Sepanyol. Negara Kanada dijangka akan mengikut jejak langkah negara-negara Eropah itu. Sikap yang tegas menentang dan mengharamkan gaya hidup “gay” ini di Malaysia perlu mendapat sokongan semua kaum supaya wabak HIV/AIDS dapat dibendung dan keutuhan institusi keluarga dan perkahwinan yang dihormati oleh agama dapat dipertahankan.
         Jelasnya , rakyat Malaysia perlu bersatu-padu mempertahankan kestabilan satu-satunya tanah air kita ini. Bagi menangani ancaman luar, kerajaan perlu mengoptimumkan hubungan diplomatik dan hubungan kebudayaan dengan negara asing.




TEMA 5- Unit 8: Mengenal Kementerian Kita

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistempendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:
  • melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  • menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
           
Photo

TEMA 5- Unit 7: Jentera Pentadbiran Negara

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Logo Persekutuan


Undang-undang Malaysia berteraskan sistem perundangan common law.Perlembagaan Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan, ialah undang-undang tertinggi seluruh negara yang menyediakan rangka perundangan untuk undang-undang, perundangan, mahkamah, dan aspek-aspek lain pentadbiran undang-undang. Perlembagaan juga mentakkrifkan kerajaan, raja, dan kuasa-kuasanya, serta hak-hak rakyat.




 KEHAKIMAN DI MALAYSIA 
Kehakiman di Malaysia merupakan gambaran maruah dan imej di kalangan pengamal undang-undang, rakyat biasa dan perspektif masyarakat antara bangsa terhadap pemisahan antara kuasa eksekutif dengan kuasa kehakiman di Malaysia.

SURUHANJAYA DIRAJA

Di negara Alam Komanwel, Suruhanjaya Diraja merupakan badan kerajaan yang melakukan siasatan awam terhadap isu tertentu.

Suruhanjaya biasanya mempunyai bidang kuasa yang luas, lebih luas daripada seorang hakim, tetapi dihadkan oleh "Syarat Rujukan" Suruhanjaya. Suruhanjaya ditubuhkan oleh Ketua Negara (seperti Raja, Gabenor-Jeneral) atas nasihat kerajaan eksekutif dan ahlinya dilantik melalui surat paten.


secara keseluruhannya, dapat dikaitkan juga dengan isu-isu semasa berkaitan dengan jentera pentadbiran negara, kita dapat lihat bahawa penubuhan-penubuhan oleh kerajaan ini amat penting bagi mendapatkan keadilan, kedamaian, dan keharmonian antara satu sama lain.. 

                                                   

Tuesday, June 3, 2014

TEMA 4- Unit 6: Adat Resam Warisan Kita





Di Malaysia, kita mempunyai masyarakat berbilang bangsa, wujud perbezaan diantara masyarakat Malaysia seperti bahasa, budaya, ekonomi, politik, hubungan sosial dan lain-lain lagi.

ADAT MENGHIAS DIRI- 5 CONTOH KAUM

setiap kaum mempunyai pakaian tradisional, adat resam dan pantang larang mereka tersendiri. Kita dapat melihat bahawa perkara sebegini amat penting bagi mengekalkan tradisi sesebuah kaum.


Orang cina
Terdapat beberapa langkah dalam adat perkahwinan yang dipatuhi oleh orang cina. Antaranya:

 1.Pinangan
ibu bapa seorang lelaki yang menentukan bakal menantu perempuan akan mencari tukang risik. Perbuatan ini adalah untuk mengelakkan konflik serta rasa malu ketika membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua keluarga yang masih belum kenal antara satu sama lain.

2.Pembandingan hari jadi
Jika bakal keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah pinangan itu, tukang risik akan membandingkan hari jadi pasangan tersebut. Jika mereka sesuai dijodohkan, mereka akan meneruskan langkah tersebut.

3.Harga pengantin perempuan
Keluarga pihak lelaki akan menghantar tukang risik bagi menyampaikan harga pengantin perempuan.

4.Penyampaian hadiah perkahwinan
Bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga.

5.Pemilihan hari
Takwim cina akan dirujuk untuk menetapkan hari.

6.Upacara perkahwinan (perarakan perkahwinan)
Perarakan perkahwinan dijalankan dari rumah pengantin perempuan dan bergerak ke rumah pengantin lelaki bersama dengan hantaran kahwin berbentuk wang.

7.Upacara perkahwinan sebenar
Pasangan akan memberi penghormatan kepada syurga dan bumi, ibu bapa pengantin lelaki serta antara satu sama lain.

8.Jamuan
Jamuan perkahwinan dikenali sebagai 'xi-jiu' yang bermaksud wain kegembiraan akan diadakan. para tetamu yang hadir biasanya akan memakai pakaian yang bewarna cerah. Ada juga upacara seperti menuang wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan dan para tetamu. Para tetamu juga akan memberi 
'angpau' sebagai tanda restu kepada pasangan tersebut.



  • Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian.


Semasa Kematian
        Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik.

Upacara pengebumian
       Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa hiasan yang cantik samada daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan si mati ketika hidup.


  •  Pantang larang


Penyapu
       Terdapat pelbagai pantang larang yang wujud di kalangan kaum cina tentang kegunaan penyapu.Ia dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri dan oleh itu tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah and kedai sahaja.

Nombor
       Nombor memainkan peranan yang kedua penting selepas makanan dalam budaya kaum Cina. Ia sunggguh penting sehingga digunakan untuk menafsir nasib seperti menghasilkan nama seseorang bayi.

Kuku jari kaki dan tangan
       Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. Sisa sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi, kerana mengikut adat, ia boleh digunakan untuk menjatuhkan umpahan terhadap pemilik kuku itu








Orang Bidayuh

                                                        


      Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resAdat ini juga dipanggilam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti.

      Majlis perkahwinan yang diadakan sangat bergantung pada kemampuan ekonomi keluarga pengantin. Dalam masyarakat Bidayuh, pilihan tempat tinggal selepas berkahwin bergantung pada banyak faktor.Satu lagi cara melangsungkan perkahwinan adalah melalui amalan 'nyagam', apabila bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke kediaman bakal isteri setelah mendapat persetujuan daripada pihak perempuan. Biasanya lelaki yang memilih untuk berkahwin cara demikian ialah seorang duda atau balu.

       Perkahwinan yang sempurna mengikut pandangan suku Selako, Jagoi dan Lara ialah perkahwinan yang melibatkan pengetahuan, peranan dan perancangan oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak. Perkahwinan juga mungkin melibatkan peranan orang perantaraan atau dikenal sebagai picara dalam kalangan masyarakat Selako untuk mewakili pihak lelaki. Setelah semua pihak bersetuju, hari dan masa yang sesuai akan ditetapkan.



SENJATA TRADISIONAL KAUM BIDAYUH

MUZIK MASYARAKAT BIDAUH



BAHASA BIDAYUH
Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan, pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang berlainan. Sebagai contoh suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut “makan” ialah “ma-an” manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula menyebut “makan” sebagai “man”.


Orang Iban

                                                   

Adat membina rumah Orang Iban mempunyai banyak adat-adat asal yang diikuti dalam kehidupan harian dan untuk menyelesaikan isu atau konflik dalam kehidupan mereka. Contoh-contoh adat ini termasuklah:

  • Chori_Chori_Chupke_Chupke kahwin, cerai galanya 
  • Adat beranak 
  • Adat bertani dan mengguna tanah 
  • Ngayau Adat 
  • Ngayap ADAT 
  • Adat memburu, menangkap ikan, mengumul buah dan mendapatkan madu 
  • Adat meninggal, berkabung, berpisah bunga dan tebalu janda duda 
  • Adat begawai dan berupacara 
  • Adat hidup di rumah panjang 
  • Adat bertenun dan mainan masa lapang 
  • Adat menari ngajat dan betaboh 
  • Adat berburong, bermimpi dan becenaga hati babi 
  • Adat pergi atau mengembara 

Kebanyakan adat-adat ini masih boleh digunapakai sehingga ke hari ini sama ada di rumah panjang atau di bandar-bandar.




Orang Melanau 


             Semasa mengandung: Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam seperti petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

             Si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab.

             Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih.










Orang Melayu
                                                     

Melenggang Perut

Kirim Perutoleh masyarakat Melayu dibahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanitayang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalamlingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpawanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukanbayi di dalam perut.


Sewaktu mengandung


- Melenggang perut: juga dipanggil Kirim Perut dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.


Perkahwinan:

- Merisik: dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran ramahtangga, beradab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agama.

- Meminang: Setelah merisik, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Adat ini bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi.


Tangan pengantin perempuan diinai






Persandingan