Search This Blog

Tuesday, May 27, 2014

TEMA 1- Unit 2: Membuat Keputusan

MEMILIH JURUSAN

TIPS MEMILIH JURUSAN SUPAYA TIDAK BINGUNG
1. Sesuaikan Jurusan Yang Ingin Diambil Dengan Minat & Bakat.
Pelajari bakat kamu sebaik-baiknya. Setiap individu pasti memiliki bakat, kelebihan atau kesukaan terhadap sesuatu.    





2. Jangan Ikut-Ikut Kawan.
Kerana kamu ada kawan-kawan rapat dan tidak ingin berpisah dengan mereka maka kamu bergayut bersama mengambil jurusan yang sama. Tidak salah untuk kamu bersama-sama dengan kawan kamu belajar jurusan yang sama tetapi tanyalah diri sendiri apakah kamu memiliki minat dan bakat yang sama dengan kawan-kawan kamu yang lain.







3. Pertimbangkan Kemampuan Ibubapa Membiayai Pendidikan Kamu.
Bincang dengan ibubapa mengenai pembiayaan pendidikan kamu. Ambil kira lokasi tempat belajar, yuran pengajian dan belanja sara hidup dalam 
tempoh pengajian kamu.






4. Peluang Pekerjaan Di Masa Hadapan Cerah.
Korek informasi sebanyak mungkin mengenai segala sesuatu yang berhubungan dengan jurusan yang dipilih terutamanya selepas tamat pengajian. Kamu boleh bertanya kepada ibubapa, saudara, kawan senior atau mencari info di internet. Pilihlah jurusan yang menjadi pilihan ramai para majikan.
                   






Kita haruslah bijak memilih kerjaya kerana ia menentukan masa depan kita ;)

No comments:

Post a Comment